Dirumuskan secara eksklusif bersama bahan aktif yang pernah memenangi anugerah, agar dapat memberi manfaat awet muda kepada kulit. Ia membantu kulit mengekalkan keseimbangan sel, seterusnya menjadikannya awet muda dan memberikan hasil yang tidak terduga bagi wanita yang yakin dia layak mendapat yang terbaik di dunia.
PhytoCellTec™ Malus Domestica, PhytoCellTec™ Solar Vitis, PhytoCellTec™ Argan, PhytoCellTec™ DermCom, Sodium Hialuronat, ekstrak gandum organik, ekstrak ubi kayu terhidrolis, tembaga, selenium, silikon, zink, magnesium, mangan, larutan mata air semula jadi.
Tentang Tripple Stemcell:
Penuaan adalah proses yang tidak dapat dielakkan. Namun ramai individu terutamanya wanita, juga lelaki yang sentiasa mencari jalan keluar bagi menghalang kewujudannya. Salah satu faktor yang mempengaruhi penuaan adalah kehadiran radikal bebas yang wujud secara semula jadi di dalam badan. Molekul oksigen tidak stabil ini mendapatkan kestabilannya melalui elektron daripada protein. Kulit diperbuat daripada protein, kerana itulah radikal bebas menyerang dan memecahkan struktur selnya. Kesannya, timbullah kedutan pada kulit. Pencemaran udara dan asap juga merupakan antara faktor lain peningkatan kehadiran zarah berbahaya yang akan merosakkan kulit.
Kini, dengan Triple Stem Cell™ Age Defying Solution - Miracle Intense Essence dan Shine Stem, anda mampu mendapatkannya.
Triple Stem Cell™ Age Defying Solution adalah penemuan rumusan terbaru Mibelle Biochemistry, menggunakan ramuan terkemuka mereka yang telah memenangi anugerah serta dipatenkan - PhytoCellTec™ Malus Domestica, PhytoCellTec™ Solar Vitis, PhytoCellTec™ Argan, DermCom dan SunActin.
Setiap tumbuhan mempunyai sel-sel stem. Namun, tidak seperti manusia, setiap sel tumbuhan mempunyai potensi untuk bercambah kepada sel stem dan menjadi sebatang pokok baru yang subur. Teknik bioteknologi terkini PhytoCellTec™ telah berjaya menghasilkan serta membiakkan sel-sel stem tumbuhan. Melalui teknologi ini, pertumbuhan sel-sel kalus (tisu luka) dalam tisu tumbuhan terpilih berlaku secara perlahan dan pada situasi yang khusus. Sel-sel kalus adalah sel-sel tumbuhan yang tidak akan bercambah, iaitu sel-sel stem.
Pembaharuan dan pembaikan merupakan proses yang berterusan di dalam tubuh manusia. Sel stem matang akan membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk proses penggantian ini. Ia telah dikenal pasti dalam lebih 20 organ atau tisu. Dua ciri utama yang membezakannya dengan sel-sel biasa: ia boleh bercambah menjadi pelbagai jenis sel yang khusus daripada sel tisu yang sama, dan mempunyai kemampuan luar biasa untuk memperbaharui serta tumbuh semula melalui proses pembahagian sel di sepanjang hayat seseorang.
Sel stem pada kulit – sel stem epidermis
Sel stem matang yang dikenali sebagai sel stem epidermis juga wujud dalam epidermis - lapisan luar kulit manusia. Ia dijumpai dalam lapisan paling dalam epidermis (lapisan basal). Sel stem mempunyai fungsi unik – ia sentiasa memperbaharui epidermis dengan membentuk keratinosit baru dan menghasilkan semula tisu baru, kerana hanya sel-sel ini sahaja yang berkeupayaan untuk bercambah tanpa had (lihat rajah di bawah).
Proses pembaharuan epidermis berlaku secara berterusan seiring peningkatan usia. Jumlah sel stem kulit akan berkurangan dan keupayaannya juga semakin merosot. Kulit yang terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan dan gaya hidup tidak sihat (merokok, alkohol) akan memberikan kesan yang lebih buruk, mengakibatkan kulit menjadi semakin nipis dan kedutan juga semakin ketara. Lapisan hidrolipid semakin menipis, menjadikan kulit semakin kering serta mempunyai kurang perlindungan. Oleh sebab tiada sel stem kulit yang boleh dihasilkan sepanjang kehidupan seseorang itu, maka adalah penting untuk mengekalkan kesihatan sel-sel ini dan keupayaannya untuk bercambah.
PhytoCellTec™ Malus Domestica adalah penyediaan liposomal sel stem epal, dihasilkan menggunakan revolusi teknologi kultur sel tumbuhan yang masih dalam proses untuk dipatenkan - PhytoCellTec™, satu teknologi kultur sel tumbuhan terkini untuk membiakkan sel-sel kalus daripada sejenis epal Swiss yang jarang ditemui - Uttwiler Spätlauber. Sel stem epal ini kaya dengan faktosa epigenetik dan metabolit, yang dapat memanjangkan jangka hayat sel kulit.
PhytoCellTec™ Malus Domestica terbukti dapat melindungi sel stem kulit dan melambatkan penuaan folikel rambut. PhytoCellTec™ Malus Domestica menghasilkan revolusi prestasi antipenuaan untuk keremajaan semula.
PhytoCellTec™ Solar Vitis berasal daripada sel stem yang boleh didapati daripada sejenis anggur kultivar - anggur Gamay Teinturier Fréaux dari Burgundy, yang diperoleh melalui teknik unik PhytoCellTec™. Ia dikategorikan mempunyai kandungan polifenol yang sangat tinggi bagi perlindungan UV. Seperti yang kita tahu, 80% penyebab penuaan kulit berpunca daripada radiasi UV. Walaupun menggunakan bahan pelindung matahari, UV tetap akan menghasilkan toksin dan radikal bebas pada kulit. Ini akan memberikan kesan kepada sel-sel yang sensitif, seperti sel-sel stem epidermis yang sememangnya sangat penting dan berharga.
Aktiviti sel-sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan ketahanan dan keupayaan penjanaan semula kulit. PhytoCellTec™ Solar Vitis akan melindungi dan mengekalkan aktiviti sel-sel stem epidermis - walaupun dalam kes-kes tekanan yang dicetuskan oleh UV.
Kajian yang mendalam mendapati PhytoCellTec™ Solar Vitis dapat melindungi sel-sel stem epidermis daripada tekanan UV dan masalah penuaan kulit yang berpunca daripada cahaya. PhytoCellTec™ Solar Vitis meningkatkan tenaga serta kecekapan sel-sel kulit yang penting dan meningkatkan ketahanan kulit.
PhytoCellTec™ Argan berasal daripada sel-sel stem tumbuhan yang diambil daripada pokok argan melalui teknologi unik PhytoCellTec™ kami. Pokok argan adalah sejenis pokok yang jarang ditemui namun mempunyai daya tahan yang sangat kuat. PhytoCellTec™ Argan adalah bahan aktif pertama yang mampu untuk melindungi dan menguatkan sel stem kulit manusia. Ia bukan sahaja membantu untuk mempercepatkan proses pembaikan kulit secara semula jadi tetapi juga melawan penuaan tepat pada puncanya agar penampilan nampak lebih segar dan berseri-seri.
PhytoCellTec™ DermCom adalah berasaskan ekstrak bebawang Crocus Chrysanthus. Ia dapat membalikkan proses penuaan dengan merangsang hubungan antara sel-sel kulit. Crocus adalah simbol sejagat ke arah keremajaan dan kemudaan.
Seiring pertambahan usia, perhubungan antara sel-sel kulit, melalui faktor-faktor pertumbuhan akan semakin berkurang. Ini sangat mempengaruhi matriks ekstrasel (ECM), dan jaringan struktur kulit, seterusnya mengakibatkan pengurangan ketegangan, keanjalan serta kepadatannya. DermCom merangsang keratinosit untuk memangkinkan faktor pertumbuhan yang akan meningkatkan sintesis kolagen dan elastin dalam kulit. Ini seterusnya akan meremajakan matriks kulit, terima kasih kepada aktiviti seperti faktor pertumbuhan, yang seterusnya mengekalkan serta meningkatkan sifat serta kualiti biomekanik kulit.
SunActin adalah ekstrak pucuk bunga matahari organik yang digabungkan dengan vitamin E semula jadi dalam nano emulsi. SunActin melindungi kulit daripada tekanan oksidatif dan memberikan kesan perlindungan seperti pelindung matahari.
Tunas juga dikenali sebagai pucuk mempunyai tahap nutrien semula jadi (vitamin, antioksidan dan phyto-nutrien) yang lebih tinggi berbanding tanaman dewasa yang lain.
Cahaya matahari adalah punca utama penuaan, kerana 80% penyebab penuaan kulit berpunca daripada radiasi UV matahari. Ia memberi kesan terutamanya kepada protein matriks ekstrasel (ECM) yang membentuk tisu penghubung kulit dan yang mempercepatkan degradasi akibat peningkatan tahap matriks metaloproteinase (MMP).