Testimonials
What a good bargain! Glad I found you. I will order again from you.
- Jane
Barang dah sampai. Cepat servis. Akan order lagi.
- Roslina
Dapat stok baru dgn harga diskaun. Habis minum akan order lagi.
- Zul
About PM Store

PMStore (formerly known as PharmacyMalaysia since 2008) is one of the largest distributor of natural healthcare and skincare products in Malaysia. 

We have a vast base of merchants and partners to make sure our price is always below market price. We also provide free delivery through various courier services (T&C Apply).

All our products are genuine and far from expiry date. You can be assured that product quality and customer service are our top priorities. 

 

Express Order Through...

  SMS/Whatsapp

(24 Hrs)

018-2327479   

Tripple Stemcell-Shine Stem (SS Cream

-58% Tripple Stemcell-Shine Stem (SS Cream
Brand: Phyto Science
Availability: PREORDER
RM240.00 RM100.00
Qty: Add to Cart

Express Order:

  

Order Directly Through

  Whatsapp (Click Here)  

 SMS (Click Here)

Tripple Stemcell-Shine Stem (SS Cream 30ml)

Triple stemcell™ Shine Stem (SS Cream)

Miracle Skin Perfector

Shine Stem adalah penyediaan inovatif formula antipenuaan pelbagai fungsi yang diperkaya dengan Sun Actin. Ia adalah krim semua dalam satu yang berfungsi untuk melawan penuaan sekali gus dengan manfaat kecantikan dan penjagaan kulit. Krim ajaib ini bertindak sebagai krim asas, primer, penutup noda, pelindung matahari dan pelembap dalam satu masa.

Manfaat Utama:

  • Memperbaiki kedutan
  • Menutupi garis halus, kedutan serta liang pori; menghasilkan kulit yang sempurna dan lebih remaja
  • Mengandungi antioksidan yang berkesan untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dalam kulit
  • Menutupi dengan baik serta mencerahkan kulit yang kusam dan tidak sekata
  • Melindungi kulit dengan spektrum besar UVA / UVB SPF 35
  • Menyekatakan ton kulit serta mengurangkan ketidaksempurnaan pada kulit
  • Menganjalkan serta menegangkan kulit dengan ketara
  • Mencerahkan dan melembapkan kulit
  • Tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat
  • Kalis air dan formulasi anti peluh
  • Penampilan kulit yang nampak semula jadi
  • Melegakan serta mengurangkan kemerahan pada kulit yang sensitif dengan cepat
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV dengan lapisan pelindung berudara
  • Tekstur yang tidak berminyak
  • Menghalang pembentukan melanin
  • Mengurangkan bintik-bintik penuaan

Kandungan:

PhytoCellTec™ Malus Domestica, PhytoCellTec™ Solar Vitis, PhytoCellTec™ Argan, Sun Actin

Cara Penggunaan:

  • Pam sedikit krim di atas belakang tangan
  • Letakkan 5 titik pada dahi, hidung, dua pipi dan dagu. Gunakan gerakan menepuk secara lembut untuk meratakan krim. Gosok dalam gerakan membulat agar ia meresap ke dalam kulit. Ratakan hingga tiada lagi sisa krim.
  • Untuk menutup ketidaksempurnaan atau bintik hitam, sapukan sedikit pada kawasan yang bermasalah dan ulangi langkah di atas.
  • Jika anda rasa gerakan menepuk secara lembut terlalu menyusahkan, anda boleh menggunakan jari atau span untuk meratakan krim ini secara lembut dengan membuat sapuan ke luar. Apabila anda sampai ke bahagian mata, jangan lupa untuk menepuk krim secara perlahan pada bahagian yang ketara dan di sekeliling mata. Ini akan mencegah garis-garis halus dan kedutan, kerana gerakan mengesat akan mencederakan kulit sensitif di sekitar kawasan mata.

Tentang Tripple Stemcell:

Penuaan adalah proses yang tidak dapat dielakkan. Namun ramai individu terutamanya wanita, juga lelaki yang sentiasa mencari jalan keluar bagi menghalang kewujudannya. Salah satu faktor yang mempengaruhi penuaan adalah kehadiran radikal bebas yang wujud secara semula jadi di dalam badan. Molekul oksigen tidak stabil ini mendapatkan kestabilannya melalui elektron daripada protein. Kulit diperbuat daripada protein, kerana itulah radikal bebas menyerang dan memecahkan struktur selnya. Kesannya, timbullah kedutan pada kulit. Pencemaran udara dan asap juga merupakan antara faktor lain peningkatan kehadiran zarah berbahaya yang akan merosakkan kulit.

  • Bagaimanakah mencegah tanda-tanda penuaan?
  • Tidakkah anda berharap dapat melihat refleksi diri yang lebih muda pada setiap tahun yang berlalu?
  • Bagaimanakah rasanya menjadi lebih muda dengan keadaan mental dan fizikal yang pernah anda miliki satu ketika dahulu?

Kini, dengan Triple Stem Cell™ Age Defying Solution - Miracle Intense Essence dan Shine Stem, anda mampu mendapatkannya.

Triple Stem Cell™ Age Defying Solution adalah penemuan rumusan terbaru Mibelle Biochemistry, menggunakan ramuan terkemuka mereka yang telah memenangi anugerah serta dipatenkan - PhytoCellTec™ Malus Domestica, PhytoCellTec™ Solar Vitis, PhytoCellTec™ Argan, DermCom dan SunActin.

KEAJAIBAN SEL STEM TUMBUHAN

Asal-usul PhytoCellTec™

Setiap tumbuhan mempunyai sel-sel stem. Namun, tidak seperti manusia, setiap sel tumbuhan mempunyai potensi untuk bercambah kepada sel stem dan menjadi sebatang pokok baru yang subur. Teknik bioteknologi terkini PhytoCellTec™ telah berjaya menghasilkan serta membiakkan sel-sel stem tumbuhan. Melalui teknologi ini, pertumbuhan sel-sel kalus (tisu luka) dalam tisu tumbuhan terpilih berlaku secara perlahan dan pada situasi yang khusus. Sel-sel kalus adalah sel-sel tumbuhan yang tidak akan bercambah, iaitu sel-sel stem.

Apakah Sel Stem?

Pembaharuan dan pembaikan merupakan proses yang berterusan di dalam tubuh manusia. Sel stem matang akan membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk proses penggantian ini. Ia telah dikenal pasti dalam lebih 20 organ atau tisu. Dua ciri utama yang membezakannya dengan sel-sel biasa: ia boleh bercambah menjadi pelbagai jenis sel yang khusus daripada sel tisu yang sama, dan mempunyai kemampuan luar biasa untuk memperbaharui serta tumbuh semula melalui proses pembahagian sel di sepanjang hayat seseorang.

Sel stem pada kulit – sel stem epidermis

Sel stem matang yang dikenali sebagai sel stem epidermis juga wujud dalam epidermis - lapisan luar kulit manusia. Ia dijumpai dalam lapisan paling dalam epidermis (lapisan basal). Sel stem mempunyai fungsi unik – ia sentiasa memperbaharui epidermis dengan membentuk keratinosit baru dan menghasilkan semula tisu baru, kerana hanya sel-sel ini sahaja yang berkeupayaan untuk bercambah tanpa had (lihat rajah di bawah).

Proses pembaharuan epidermis berlaku secara berterusan seiring peningkatan usia. Jumlah sel stem kulit akan berkurangan dan keupayaannya juga semakin merosot. Kulit yang terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan dan gaya hidup tidak sihat (merokok, alkohol) akan memberikan kesan yang lebih buruk, mengakibatkan kulit menjadi semakin nipis dan kedutan juga semakin ketara. Lapisan hidrolipid semakin menipis, menjadikan kulit semakin kering serta mempunyai kurang perlindungan. Oleh sebab tiada sel stem kulit yang boleh dihasilkan sepanjang kehidupan seseorang itu, maka adalah penting untuk mengekalkan kesihatan sel-sel ini dan keupayaannya untuk bercambah.

Bahan-bahan Terkemuka

PhytoCellTec™ Malus Domestica

Sel Stem Tumbuhan Untuk Ketahanan Kulit dan Sel Stem Rambut

PhytoCellTec™ Malus Domestica adalah penyediaan liposomal sel stem epal, dihasilkan menggunakan revolusi teknologi kultur sel tumbuhan yang masih dalam proses untuk dipatenkan - PhytoCellTec™, satu teknologi kultur sel tumbuhan terkini untuk membiakkan sel-sel kalus daripada sejenis epal Swiss yang jarang ditemui - Uttwiler Spätlauber. Sel stem epal ini kaya dengan faktosa epigenetik dan metabolit, yang dapat memanjangkan jangka hayat sel kulit.

PhytoCellTec™ Malus Domestica terbukti dapat melindungi sel stem kulit dan melambatkan penuaan folikel rambut. PhytoCellTec™ Malus Domestica menghasilkan revolusi prestasi antipenuaan untuk keremajaan semula.

 

  • Melindungi jangka hayat sel stem kulit o Melambatkan penuaan sel-sel penting
  • Mengekalkan keupayaan untuk membentuk tisu kulit yang baru
  • Melawan kronologi penuaan
  • Kesan Anti-kedutan
  • Meningkatkan kesihatan sel stem
  • Masih menunggu untuk dipatenkan
  • Penerima anugerah (Hadiah inovasi BSB untuk bahan aktif terbaik 2008)

PhytoCellTec™ Solar Vitis/Vitis Vinifera

Melindungi stem sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV

PhytoCellTec™ Solar Vitis berasal daripada sel stem yang boleh didapati daripada sejenis anggur kultivar - anggur Gamay Teinturier Fréaux dari Burgundy, yang diperoleh melalui teknik unik PhytoCellTec™. Ia dikategorikan mempunyai kandungan polifenol yang sangat tinggi bagi perlindungan UV. Seperti yang kita tahu, 80% penyebab penuaan kulit berpunca daripada radiasi UV. Walaupun menggunakan bahan pelindung matahari, UV tetap akan menghasilkan toksin dan radikal bebas pada kulit. Ini akan memberikan kesan kepada sel-sel yang sensitif, seperti sel-sel stem epidermis yang sememangnya sangat penting dan berharga.

Aktiviti sel-sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan ketahanan dan keupayaan penjanaan semula kulit. PhytoCellTec™ Solar Vitis akan melindungi dan mengekalkan aktiviti sel-sel stem epidermis - walaupun dalam kes-kes tekanan yang dicetuskan oleh UV.

Kajian yang mendalam mendapati PhytoCellTec™ Solar Vitis dapat melindungi sel-sel stem epidermis daripada tekanan UV dan masalah penuaan kulit yang berpunca daripada cahaya. PhytoCellTec™ Solar Vitis meningkatkan tenaga serta kecekapan sel-sel kulit yang penting dan meningkatkan ketahanan kulit.

Melindungi sel-sel stem kulit daripada tekanan UV

  • Melindungi sel-sel stem kulit daripada tekanan UV
  • Melambatkan penuaan sel-sel penting
  • Melawan penuaan akibat dedahan berterusan terhadap UV
  • Menghasilkan kulit yang sihat dan berseri

PhytoCellTec™ Argan

Menguatkan sel-sel stem kulit bagi memperbaiki kepadatan kulit

PhytoCellTec™ Argan berasal daripada sel-sel stem tumbuhan yang diambil daripada pokok argan melalui teknologi unik PhytoCellTec™ kami. Pokok argan adalah sejenis pokok yang jarang ditemui namun mempunyai daya tahan yang sangat kuat. PhytoCellTec™ Argan adalah bahan aktif pertama yang mampu untuk melindungi dan menguatkan sel stem kulit manusia. Ia bukan sahaja membantu untuk mempercepatkan proses pembaikan kulit secara semula jadi tetapi juga melawan penuaan tepat pada puncanya agar penampilan nampak lebih segar dan berseri-seri.

 

  • Meremajakan lapisan derma kulit
  • Menguatkan sel-sel stem kulit, yang bertanggung jawab untuk menghasilkan kolagen dan elastin
  • Mempercepatkan proses pembaikan kulit secara semula jadi
  • Menegangkan serta menganjalkan tisu kulit
  • Melawan proses penuaan
  • Menegangkan dan menghilangkan kedutan
  • Meremajakan kulit dari dalam

PhytoCellTec™ Dermcom

Komunikasi Cell2cell bagi memperbaiki matriks kulit

PhytoCellTec™ DermCom adalah berasaskan ekstrak bebawang Crocus Chrysanthus. Ia dapat membalikkan proses penuaan dengan merangsang hubungan antara sel-sel kulit. Crocus adalah simbol sejagat ke arah keremajaan dan kemudaan.

Seiring pertambahan usia, perhubungan antara sel-sel kulit, melalui faktor-faktor pertumbuhan akan semakin berkurang. Ini sangat mempengaruhi matriks ekstrasel (ECM), dan jaringan struktur kulit, seterusnya mengakibatkan pengurangan ketegangan, keanjalan serta kepadatannya. DermCom merangsang keratinosit untuk memangkinkan faktor pertumbuhan yang akan meningkatkan sintesis kolagen dan elastin dalam kulit. Ini seterusnya akan meremajakan matriks kulit, terima kasih kepada aktiviti seperti faktor pertumbuhan, yang seterusnya mengekalkan serta meningkatkan sifat serta kualiti biomekanik kulit.

  • Meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin
  • Merangsang faktor pertumbuhan semula jadi kulit
  • Meningkatkan ketahanan dan keanjalan kulit
  • Membalikkan proses penuaan
  • Meremajakan tekstur kulit
Pemenang hadiah inovasi sebanyak empat kali:

 

There are no reviews for this product.

Write a review

Your Name:


Your Review:Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Loading...