Testimonials
What a good bargain! Glad I found you. I will order again from you.
- Jane
Barang dah sampai. Cepat servis. Akan order lagi.
- Roslina
Dapat stok baru dgn harga diskaun. Habis minum akan order lagi.
- Zul
About PM Store

PMStore (formerly known as PharmacyMalaysia since 2008) is one of the largest distributor of natural healthcare and skincare products in Malaysia. 

We have a vast base of merchants and partners to make sure our price is always below market price. We also provide free delivery through various courier services (T&C Apply).

All our products are genuine and far from expiry date. You can be assured that product quality and customer service are our top priorities. 

 

Express Order Through...

 Whatsapp

Click Here To Whatsapp  

Nona Roguy Postnatal Confinement Set Wholesale Promotion Price Testimonials

-35% Nona Roguy Postnatal Confinement Set Wholesale Promotion Price Testimonials
Brand: Nona Roguy
Availability: In Stock
RM365.00 RM239.00
Qty: Add to Cart

Express Order:

  

Order Directly Through

  Whatsapp (Click Here)  

Nona Roguy Postnatal Confinement Set



Anda Akan Dapat 6 Produk Dalam 1 Set Bersalin Nona Roguy

PHYTONATAL

(90 BIJI TABLET)

Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan). 

No.siri KKM : MAL 05090043T

Harga Retail : Rm140

Cara Penggunaan PHYTONATAL

Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7

Lawas Buang Air Besar – Normal
2 – 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar – Sembelit
4 – 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar – Sensitif
1 -2 tablet

​Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.
 

AKAR HERBANIKA


(10 PEKET)

Minuman Antioksidan di Wad Bersalin

Akar Herbanika di set bersalin Nona Roguy ini membantu menambahkan tenaga dan Khasiat pemakanan kepada para Ibu. Juga bertindak menyegarkan badan.

No.siri KKM : MAL 19972865T

Harga Retail : Rm70

Cara Penggunaan AKAR HERBANIKA

minum 2 – 4 gelas / mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari:

Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat.

Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau sejuk. (2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Di rumah – buat pilihan Rendam atau Rebus:

Disyorkan rebus 2 – 3 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.

Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau suam sejuk. (2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).
 

MINYAK HERBANIKA


(100ml)

Pengurangkan Kesan Regangan di Perut

Minyak Herbanika di dalam set bersalin Nona Roguy berfungsi menguatkan otot perut.

Ia juga bertindak mengurangkan kesan regangan dan kesan pecah-pecah di kulit semasa mengandung.

Ia juga meningkatkan Pengedaran darah.

No.siri KKM : MAL 19985762T

Harga Retail : Rm68


Cara Penggunaan MINYAK HERBANIKA

Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).

Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda.

Ikat rambut dengan rapi. (Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan). 

Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.

(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)

Untuk bersalin normal:

Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk bersalin secara pembedahan:

Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa. (Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran) Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.

Bagi kelahiran normal:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)

Bagi kelahiran secara pembedahan:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.

Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.


KRIM HERBANIKA BARUT


(60gm)

Mengetatkan Perut yang menggeleber

Krim Herbanika barut ini di sapu di sekeliling perut. Ia bertindak mengetatkan kembali perut yang menggeleber selepas bersalin.

Ia juga bertindak menguatkan otot perut dan otot pinggul yang kendur.

No.siri KKM : MAL 20014436T

Harga Retail : Rm55

Cara Penggunaan KRIM HERBANIKA BARUT

Bagi kelahiran normal, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari)

Bagi kelahiran secara pembedahan, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke – 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari,pinggang, pinggul serta atas peha.

Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.

Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.

Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman. Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur.

Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

UNCANG CUCI HERBANIKA

(10 PAKET)

Penyembuh Luka

Bertindak sebagai Antiseptik untuk menyembuhkan luka dan mencegah jangkitan kuman.

Ia juga bertindak menyegarkan dan menghilangkan bau badan ketika berpantang.

No.siri KKM : MAL 19985763T

Harga Retail : Rm100

Cara Penggunaan UNCANG CUCI HERBANIKA

Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.

Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.

Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat. Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.

Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda. Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.

Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih serta segar dan kesat kering. Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.
 

HERBANIKA LULUR


(100gm)

Mengembalikan keserian kulit

Herbanika Lulur bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman semasa mengandung.

Ia juga bertindak menegangkan kembali payu dara yang kendur.​

No.siri KKM : MAL 19985761T

Harga Retail : Rm60

Cara Penggunaan HERBANIKA LULUR

Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimula pada hari ke 3 Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.

Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.

Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan. Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).

Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk.

Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

 

Kenapa Puan Perlu dapatkan Set NR dari Kami?

  1. Harga borong. 
  2. Layanan Istimewa untuk pelanggan kami
  3. Harga borong produk yang murah & berpatutan berbanding di kedai jamu
  4. Direct access bertanyakan soalan kepada konsultant kami
  5. Jaminan 100% Produk adalah Original atau wang puan dikembalikan 2 kali ganda...
  6. Kami menerima payment melalui kad kredit dan bank transfer.
  7. Order puan akan diproses secepat mungkin..
  8. Pos menggunakan POSLAJU atau Pos Swasta
  9. Parcel mengambil masa 1-3 hari untuk sampai ke tangan puan

  
 
on
5 ( 5 / 5 )
Masalah sembelit lepas bersalin dah ok. Berat badan pun dah turun 19kg. Bestnya produk NR set bersalin ni.

Write a review

Your Name:


Your Review:Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Loading...
Loading...